Pasukan Lelaki dan Perempuan SK Seliau telah menyertai Kejohanan Bola Tampar MSSD Daerah Seremban 2 pada 3 Februari 2017 bertempat di Centercourt Paroi. Walaupun pasukan Lelaki SK Seliau terkandas di peringat kumpulan, semua pemain boleh berbangga kerana telah memberi tentangan yang sengit dan menunjukkan semangat juang yang tinggi. Syukur, pasukan Perempuan SK Seliau berjaya muncul Juara Daerah Seremban 2 tahun 2017 setelah mengalahkan SK Ampangan di perlawanan akhir. Keputusan suku akhir P Keputusan separuh akhir P Keputusan rubber set Peringkat Akhir P Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih yang telah berjaya, dan jutaan terima kasih khas buat mantan jurulatih SK Seliau, Pn Siti Sabarinah yang telah membina asas yang kukuh dalam menjadikan kemenangan kami satu kenyataan. Terima kasih juga kepada pengelola pertandingan, SJK(C) Kg Baru Mambau.
Assalamualaikum, Pada 25 Mei telahpun berlangsung perlawanan peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir Kejohanan Bola Baling MSSD Daerah Seremban 2 2017. Pada perlawanan suku akhir ketiga Perempuan, pasukan SK Seliau telah berjaya menewaskan SK Taman Seri Pagi dalam pertemuan mendebarkan dengan keputusan 5-4 untuk melangkah ke perlawanan separuh akhir. Kesemua gol telah dijaringkan oleh Nurlailatul Shafinas. Di dalam perlawanan separuh akhir kedua Perempuan, pasukan SK Seliau telah tewas kepada SK Taman Tasik Jaya dengan keputusan 1-2 sekaligus menamatkan cabaran pada tahun ini di tempat ketiga daerah. Syabas! Pasukan lelaki pula telah bertemu pasukan SK Dato' Bandar Rasah di dalam perlawanan suku akhir ketiga Lelaki. Walaupun telah memberi saingan yang hebat, namun pasukan SK Seliau telah ditundukkan dengan keputusan 1-2. Tahniah kepada semua pemain dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat.
SK Dato Raja Melana telah menjemput pasukan SK Seliau untuk menyertai acara jemputan 4 x 100m lelaki dan perempuan bagi memeriahkan temasya Sukan Tahunan SKDRM. Pasukan SK Seliau telah diwakili oleh Fatini Haziqah, Noreen, Siti Norbahyah, Nurjeha Adlina bagi pasukan perempuan dan Shahrul A'isar, Mohd Murshidy, Hazim Arif dan Mohd Irfan bagi pasukan lelaki. Pasukan perempuan telah berjaya memenangi pingat perak manakala pasukan lelaki pula berjaya memenangi pingat gangsa. Tahniah kepada semua dan terima kasih SKDRM kerana sudi menjemput kami.
Ulasan
Catat Ulasan