Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

Perkhemahan Lencana Pengakap Kanak-kanak Peringkat Daerah 2017

Imej
Assalamualaikum, Pada 21 April 2017, seramai sembilan orang pengakap kanak-kanak telah mewakili sekolah ke Perkhemahan Lencana Peringkat Daerah 2017 yang berlangsung di SK Senawang 3. Mereka diiringi oleh Pn Khairina dan En Mohd Aidei. Semoga pekhemahan ini memberi ilmu dan pengalaman bermanfaat kepada semua.

Ramadhan al-Mubarak

Assalamualaikum, Sepanjang bulan Ramadhan, aktiviti ko-kurikulum akan dijalankan seperti biasa pada hari Rabu, 1.30-2.30 petang. Kehadiran semua murid tahap 2 diwajibkan. Sila berkumpul di dalam Dewan Al-Farabi tepat jam 1.30 petang. Selamat berpuasa!

Keputusan Kejohanan Bola Baling MSSDS2 2017

Imej
Assalamualaikum, Pada 25 Mei telahpun berlangsung perlawanan peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir Kejohanan Bola Baling MSSD Daerah Seremban 2 2017. Pada perlawanan suku akhir ketiga Perempuan, pasukan SK Seliau telah berjaya menewaskan SK Taman Seri Pagi dalam pertemuan mendebarkan dengan keputusan 5-4 untuk melangkah ke perlawanan separuh akhir. Kesemua gol telah dijaringkan oleh Nurlailatul Shafinas. Di dalam perlawanan separuh akhir kedua Perempuan, pasukan SK Seliau telah tewas kepada SK Taman Tasik Jaya dengan keputusan 1-2 sekaligus menamatkan cabaran pada tahun ini di tempat ketiga daerah. Syabas! Pasukan lelaki pula telah bertemu pasukan SK Dato' Bandar Rasah di dalam perlawanan suku akhir ketiga Lelaki. Walaupun telah memberi saingan yang hebat, namun pasukan SK Seliau telah ditundukkan dengan keputusan 1-2. Tahniah kepada semua pemain dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat.