Catatan

Ramadhan al-Mubarak

Assalamualaikum, Sepanjang bulan Ramadhan, aktiviti ko-kurikulum akan dijalankan seperti biasa pada hari Rabu, 1.30-2.30 petang. Kehadiran semua murid tahap 2 diwajibkan. Sila berkumpul di dalam Dewan Al-Farabi tepat jam 1.30 petang. Selamat berpuasa!

Keputusan Kejohanan Bola Baling MSSDS2 2017

Imej
Assalamualaikum, Pada 25 Mei telahpun berlangsung perlawanan peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir Kejohanan Bola Baling MSSD Daerah Seremban 2 2017. Pada perlawanan suku akhir ketiga Perempuan, pasukan SK Seliau telah berjaya menewaskan SK Taman Seri Pagi dalam pertemuan mendebarkan dengan keputusan 5-4 untuk melangkah ke perlawanan separuh akhir. Kesemua gol telah dijaringkan oleh Nurlailatul Shafinas. Di dalam perlawanan separuh akhir kedua Perempuan, pasukan SK Seliau telah tewas kepada SK Taman Tasik Jaya dengan keputusan 1-2 sekaligus menamatkan cabaran pada tahun ini di tempat ketiga daerah. Syabas! Pasukan lelaki pula telah bertemu pasukan SK Dato' Bandar Rasah di dalam perlawanan suku akhir ketiga Lelaki. Walaupun telah memberi saingan yang hebat, namun pasukan SK Seliau telah ditundukkan dengan keputusan 1-2. Tahniah kepada semua pemain dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat.

Berita terkini kejohanan bola baling MSSDS2 2017

Imej
Assalamualaikum, Syukur, pasukan perempuan dan lelaki SK Seliau telah berjaya menempah tiket ke peringkat suku akhir kejohanan bola baling MSSDS2 2017. Pasukan perempuan mencatat keputusan seperti berikut: SK Seliau 1 - SK Puteri 1 SK Seliau 1 - SK Sega 0 SK Seliau 2 - SK Dato Bandar Rasah 0 untuk layak ke suku akhir selaku juara kumpulan. Pasukan lelaki pula mencatat keputusan seperti berikut: SK Seliau 1 - SK Sega 0 SK Seliau 1 - SK Tmn Tasik Jaya 1 SK Seliau 6 - SR Saiyidiah 0 SK Seliau 3 - SK Rahang 2 juga layak selaku juara kumpulan. Tahniah kepada semua anak-anak SK Seliau, moga kejayaan dapat diteruskan hingga ke perlawanan akhir esok.

Kumpulan Kejohanan Bola Baling MSSDS2 2017

*KEJOHANAN BOLA BALING SEKOLAH RENDAH SEREMBAN 2 2017* Tarikh : 24 dan 25 Mei 2017 Hari : Rabu dan Khamis Tempat : Padang SK Taman Dusun Nyior *LELAKI 12* GROUP D 1. SK Rahang 2. SK Taman Tasik Jaya 3. SK Seliau 4. SK Sega 5. As-Saidiyah *PEREMPUAN 12* GROUP C 1. SK Dato Bandar Rasah 2. SK Sega 3. SK Puteri 4. SK Seliau

Kejohanan Bola Baling MSSD Seremban 2 2017

Imej
Assalamualaikum semua warga SK Seliau. Esok, 24 Mei 2017, pasukan lelaki dan perempuan sekolah akan berentap di dalam kejohanan bola baling MSSDS2. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan anak-anak SK Seliau!

Aktiviti Kokurikulum Mingguan

Assalamualaikum semua, Aktiviti kokurikulum mingguan akan berlangsung seperti biasa pada 24 Mei 2017. Aktiviti dijalankan adalah bagi badan beruniform. Sekian.